Follow by Email

Translate

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

Selasa, 31 Disember 2013


AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :


BULAN MUHARRAM 
 

Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')
Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura)
Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin
Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga
Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka
Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat
Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim.
Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya



BULAN SAFAR
BULAN RABIUL AWWAL
BULAN  RABIUL AKHIR
BULAN JAMADIL AWWAL
BULAN JAMADIL AKHIR
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.


REJAB
Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
 

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari diseksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan diperkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.




BULAN SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya " Dinamakan dengan syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
 

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.
Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi, pahala beribadat selama 70 tahun.
Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang mendirikan solat sunat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.
Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.




BULAN RAMADHANRamadhan adalah bulan umat Muhammad saw. Bersabda baginda yang bermaksud " Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan."
Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang terdapat di dalam bulan ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu Ramadhan"

 

Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu
Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari api neraka
Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat sunat yang lain.
Banyakkan berdoa, berzikir selawat, membaca Al Quran, bertaubat dan lain-lain
Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan ditimpa kemalangan.
Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.
Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam Lailatul Qadar seperti beriktikaf di masjid, qiamullail dan sebagainya




BULAN SYAWALAmalan sunat di bulan Syawal :
 

 Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :
 

a)Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan Solat Aidil Fitri
b)Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik
c)Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya
d)Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju masjid
e)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
f)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
g)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah tersenam matahari pada hari raya tersebut.
Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal)
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."



BULAN ZULKAEDAH
Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa.



BULAN ZULHIJJAH
Dari sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, Rasullullah s.a.w telah menerangkan tentang fadilat di bulan Zulhijjah iaitu :
 

Tanggal 1 Zulhijjah kesalahan Nabi Adam as telah diampunkan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu dosanya akan diampunkan oleh Allah
 
Tanggal 2 Zulhijjah doa nabi Yunus as diperkenankan Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu seperti berpuasa setahun dan dicatitkan baginya seperti tidak pernah melakukan maksiat.
 
Tanggal 3 Zulhijjah doa nabi Zakaria telah diperkenankan oleh Allah. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu doanya juga akan diperkenankan oleh Allah
 
Tanggal 4 Zulhijjah Nabi Isa dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terhindar dari kefakiran dan kemelaratan.
 
Tanggal 5 Zulhijjah Nabi Musa as dilahirkan. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan terlepas ia dari sifat munafik dan seksa kubur
 
Tanggal 6 Zulhijjah Allah telah membukakan pintu-pintu kebajikan kepada nabi-nabiNya. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dipandang oleh Allah dengan pandangan rahmat
 
Tanggal 7 Zulhijjah pintu neraka Jahannam akan dikunci. Oleh itu sesiapa yang berpuasa pada hari itu akan dibukakan 30 pintu kemudahan dan dikunci 30 pintu kesulitannya
 
Tanggal 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah mendapat perintah supaya menyembelih anaknya Ismail. Seharian ia berfikir sama ada perintah itu daripada Allah atau dari Syaitan.Hari itu dinamakan hari Tarwiyah (hari berfikir). Sesiapa yang berpuasa hari tersebut akan diberikan pahala yang banyak oleh Allah
 
Tanggal 9 Zulhijjah Allah telah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa mimpinya itu adalah benar dari Allah, bukan dari syaitan. Oleh itu, hari tersebut telah dikenali sebagai 'Arafah' (Hari ketahui).

Sunat bersedekah kepada fakir miskin. Sesiapa yang bersedekah pada hari tersebut akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kiamat nanti dalam keadaan aman dan sentosa.
Amalan sunat pada 10 Zulhijjah seperti :
 

a)Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b)Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c)Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain
d)Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e)Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah hinggalah tersenam matahari pada tanggal 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad)
 
Sunat membaca doa akhir tahun pada tanggal 29 atau 30 Zulhijjah selepas solat Asar dan membaca doa awal tahun selepas solat Magrib pada malam pertama awal Muharram.
READ MORE - AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM :

Panduan Solat Jenazah

Ahad, 15 Disember 2013

Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.
2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.











4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.














5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.









6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dihasilkan setelah merujuk dua ustaz yakni Ustaz Nor Amin dan Ustaz Azhar Idrus.
READ MORE - Panduan Solat Jenazah

SOLAT BAGI ORANG MUSAFIR

Selasa, 10 Disember 2013





SOLAT JAMAKJamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib 
dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :


 

Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat 

Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :
 

i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti 
Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan 
solat yang kedua.

Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu 

Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
 

i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama 
yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR



Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua 
rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar 
dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
 

Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau 
matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat
 kediamannya tetapi solat yag ditinggalkan semasa dalam musafir
boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
 

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus 
melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di 
antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh 
melakukan di antara satu yang berikut :

 

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar


Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.
Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan 
dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
 
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
READ MORE - SOLAT BAGI ORANG MUSAFIR