Translate

Agama bukan mengikut citarasa:

Rabu, 26 Jun 2013

Kita mungkin mengatakan sesuatu itu sunnah. Tapi kita tidak ada alasan, logik akal kita mengatakan amalan itu bagus. Kita bergantung kepada citarasa kita. Citarasa tidak akan ada penghujungnya.

Citarasa dalam berpakaian pun berbagai-bagai. Allah membenarkan kita bercitarasa dalam berpakaian, memilih calon isteri, memilih alat telekomunikasi, makanan, kereta, kesemua itu diberi kelonggaran. Manfaatkanlah citarasa bersungguh-sungguh dalam hal-hal keduniaan. Tetapi dalam bab agama tidak boleh. Tidak boleh beragama mengikut citarasa. Agama kita tidak boleh buat sesuka hati.

Sebab itu seorang lelaki pernah ditegur oleh Imam Malik bin Anas (yang pada masa itu menetap di Madinah). Seorang lelaki telah datang kepada al-Imam Malik dan berkata: “Wahai Abu ‘Abdillah (gelaran al-Imam Malik) dari mana aku patut mulakan ihram? Jawab Imam Malik: “Dari Dzul Hulaifah di tempat yang Rasulullah berihram”. Kata lelaki itu, “Aku ingin berihram bermula dari Masjid Nabi.” Jawab al-Imam Malik, “Jangan”. Kata lelaki itu, “Aku ingin berihram bermula dari kubur Nabi SAW.” Jawab al-Imam Malik, “Jangan, jangan buka pintu fitnah.” Tanya lelaki itu, “Apa fitnahnya? Aku hanya menambah jarak sahaja.”

Jawab al-Imam Malik, “Apakah lagi fitnah yang lebih besar daripada orang menyangka bahawa perbuatan engkau lebih mulia daripada perbuatan Rasulullah SAW, dan Rasulullah SAW telah mengurangi kemuliaan tersebut berbanding engkau. Sesungguhnya aku telah mendengar Allah berfirman: (maksudnya) “Berhati-hatilah mereka yang menyelisihi urusannya (Rasulullah SAW), jangan sampai menimpa mereka musibah, atau azab seksa yang pedih (Surah al-Nur ayat 63)” (Al-Syatibi, Al-I’tisam)

Itulah fitnah yang dibimbangi oleh Imam Malik. Apabila kelak orang menyangka perbuatan seseorang itu lebih baik dan lebih mulia daripada perbuatan Nabi SAW (kerana dia melakukan sesuatu “kebaikan” yang tidak pernah dilakukan Nabi SAW).

Perlu di ingat sesuatu maksud hadis dan tafsir Al Quran perlu di rujuk pada pakarnya bukan kepada orang tertentu , kaji dahulu apa yang di beritahunya dengan pakar sebenar bukannya terus menyebar dan mengatakan ia di buat oleh Nabi s.a.w walhal banyak sudah terjadi sesuatu yang tidak ada dalil yang sahih sudah di campur adukkan antara budaya dan agama sehingga menyesatkan umat islam.

0 ulasan:

Catat Ulasan